Ibadah Korban & Akikah
Kami juga menyediakan pakej khas bagi ibadah-ibadah ini.
Akikah
Kelahiran bayi merupakan peristiwa yang dinantikan dalam sesebuah keluarga kerana kehadiran mereka membawa kebahagiaan dan keharmonian. Akikah ialah penyelembihan haiwan ternakan yang dilakukan sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran atas kelahiran bayi. Dengan melaksanakan ibadah akikah dan menyedekahkan daging yang telah disembelih, terutamanya apabila dinikmati oleh saudara Islam yang memerlukan, akan menambahkan lagi keberkatan serta mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dan persaudaraan dalam Islam.
Qurban
Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah SWT.
“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)
Kami menyediakan lembu hidup untuk korban (Qurban) serta kambing hidup untuk korban dan aqiqah dengan harga istimewa. Kami juga menyediakan kemudahan sembelihan di ladang kami dan penghantaran daging korban atau self-pickup setelah proses sembelihan selesai.
Pakej Harga Seekor Lembu
Terdapat beberapa pakej yang kami sediakan mengikut berat lembu & budget anda.




Pakej Harga Bahagian Lembu
Terdapat beberapa pakej yang kami sediakan mengikut kategori berat lembu.




PROSES TEMPAHAN YANG MUDAH
Terpulang sama ada daging ambil untuk diri sendiri atau kami edarkan pada yang memerlukan.

1. Daftar Online
Isi maklumat lengkap tempahan anda melalui borang online di bawah ini.

2. Proses Akad
Pihak kami akan hubungi Tuan/Puan bagi urusan tempahan dan akad.

3. Aktiviti Qurban
Aktiviti Qurban akan dilaksanakan pada hari kejadian.

4. Terima Report
Kami akan sediakan report aktiviti qurban pelanggan.
Borang Tempahan
Sila isikan borang dibawah untuk pertanyaan ataupun tempahan. Kami akan menghubungi Tuan/Puan semula dalam masa terdekat. Terima kasih..
SOAL JAWAB
Antara persoalan berkaitan perkhidmatan ataupun servis qurban dan aqiqah yang disediakan pihak kami.
Di manakah IGE Agro Farm beroperasi?
Kami beroperasi di beberapa tempat di seluruh Semenanjung Malaysia. Antaranya di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Melaka, dan Negeri Sembilan. Namun, tempahan dibuka untuk seluruh rakyat Malaysia.
Apa bezanya IGE Agro Farm dengan yang lain?
Amalan serta praktikal qurbannya insyaallah sama. Tetapi, selain hanya menjalankan perkhidmatan qurban dan akikah, kami juga adalah antara pemilik ladang & pembekal lembu yang terbaik di Malaysia. Makanya, lembu-lembu yang dipilih tentulah yang terbaik dan sihat.
Di manakah IGE Agro Farm beroperasi?
Kami beroperasi di beberapa tempat di seluruh Semenanjung Malaysia. Antaranya di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Melaka, dan Negeri Sembilan. Namun, tempahan dibuka untuk seluruh rakyat Malaysia.
Bolehkah saya memilih negara untuk qurban?
Ya, tentu sekali dan harganya pun berbeza. Tetapi lebih afdal untuk dilakukan di dalam negara sendiri. Cumanya, bagi yang kurang berkemampuan, bolehlah memilih untuk pakej qurban luar negara.
Apa bezanya IGE Agro Farm dengan yang lain?
Amalan serta praktikal qurbannya insyaallah sama. Tetapi, selain hanya menjalankan perkhidmatan qurban dan akikah, kami juga adalah antara pemilik ladang & pembekal lembu yang terbaik di Malaysia. Makanya, lembu-lembu yang dipilih tentulah yang terbaik dan sihat.
Bolehkan saya tempah awal?
Sangat digalakkan supaya tidak tergesa-gesa di saat akhir. Kami akan maklumkan sekiranya proses sembelihan qurban atau aqiqah telah selesai.
Bolehkah saya tempah awal?
Sangat digalakkan supaya tidak tergesa-gesa di saat akhir. Kami akan maklumkan sekiranya proses sembelihan qurban atau aqiqah telah selesai.
Ada diskaun jika tempah lebih?
Insyaallah boleh dibincangkan dengan staff kami selepas mengisi borang tempahan.

MISI & VISI
Menjadi pembekal tempatan paling proaktif dan hub-niaga dalam industri ternakan dan bekalan daging lembu yang halal untuk kegunaan masyarakat muslim khususnya.
- IGE Agro Farm
- Office HQ : No 43, Jalan Teluk Kapas N27/N, Sentral 27, Seksyen 27, 40400 Shah Alam, Selangor.
Ladang Utama : No. 29, Kampung Beletik, 27200 Kuala Lipis, Pahang. - 012-5519817 (click to call)
- Cawangan : Selangor, Melaka, Pahang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang