Jualan Lembu

Pihak kami membekalkan beberapa jenis/baka lembu mengikut kehendak pelanggan.

Brahman

Lembu Brahman merupakan antara baka lembu paling popular di AS, Amerika Selatan dan Australia, serta turut popular digunakan untuk pemprosessan daging. Ciri-ciri Brahman termasuk bonggol besar di belakang, telinga panjang dan berjuntai, serta badan berotot. Baka ini mempunyai kulit yang tebal dan kendur, serta diselaputi dengan kelenjar peluh, membuatkan ia tampak berkilat.

Disebabkan ini, Brahman boleh menyesuaikan diri dengan iklim panas dan lembab. Mereka juga popular kerana mempunyai ketahanan yang baik kepada parasit.

Charolais

Charolais ialah baka lembu yang paling banyak digunakan untuk penghasilan daging. Mereka juga turut digunakan untuk meningkatkan kualiti baka lembu yang lain. Charolais terkenal dengan ototnya yang banyak dan besar.

Mereka juga boleh membesar dengan cepat serta merupakan antarabaka lembu yang mempunyai kadar pertambahan berat yang tinggi. Kebiasaannya, charolais berwarna putih dan putih-krim.

KK Cross

KK ialah baka lembu tempatan yang hidup dalam iklim panas dan lembab. Baka KK ini sangat popular di Malaysia kerana ia sesuai dengan iklim dan persekitaran negara ini, serta mempunyai ketahanan yang tinggi kepada penyakit dan jangkitan.

Lembu KK ini kebiasaannya berwarna coklat, coklat-merah, atau kelabu serta mempunyai tanduk yang kecil.

Angus

Lembu baka Angus tidak mempunyai tanduk, bersaiz sederhana, dan berwarna hitam atau merah. Baka asli Angus adalah berwarna hitam, namun begitu kemunculan lembu Angus berwarna merah sudah direkodkan.

Sejak bertahun lamanya, Black Angus telah digunakan untuk meningkatkan kualiti daging baka lembu lain. Dalam pada itu, daging Black Angus juga sangat terkenal di Jepun dan digemari kerana kualiti marbling*-nya.

Wagyu

Wagyu boleh diterjemahkan secara harfiahnya kepada ‘lembu Jepun’, pada awalnya diternak untuk membantu petani melakukan kerja pertanian kerana ketahanan fizikalnya. Lembu Wagyu mempunyai tekstur marbling yang unik, yang membuat daging sangat lembut serta memberi rasa manis dan lazat.

Marbling merupakan indikasi kepada tahap kualiti daging tersebut, di mana semakin tinggi skor marbling-nya, semakin tinggi kualiti, dan semakin mahal harga yang dikenakan.

Pakej Harga Lembu

Terdapat beberapa pakej yang kami sediakan mengikut budget anda.

Pakej A - 180kg to 220kg
Pakej B - 250kg to 300kg
Pakej C - 380kg to 450kg
Pakej D - 500kg to 600kg

BELI PUKAL, HARGA LEBIH MURAH!

Hubungi staff kami untuk perbincangan bagi pembelian lembu secara pukal.

MISI & VISI
Menjadi pembekal tempatan paling proaktif dan hub-niaga dalam industri ternakan dan bekalan daging lembu yang halal untuk kegunaan masyarakat muslim khususnya.

  • IGE Agro Farm
  • Office HQ : No 43, Jalan Teluk Kapas N27/N, Sentral 27, Seksyen 27, 40400 Shah Alam, Selangor.
    Ladang Utama : No. 29, Kampung Beletik, 27200 Kuala Lipis, Pahang.
  • 012-5519817 (click to call)
  • Cawangan : Selangor, Melaka, Pahang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang

Pertanyaan?

Website developed by Fuyoh Design. All rights reserved. 2023 - 2024